Cabaran penyusuan susu ibu. Setiap ibu yang menyusu, pasti mempunyai sekurang-kurangnya salah satu dari 4 cabaran sepanjang tempoh penyusuan. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat menghadiri satu bengkel penyusuan susu ibu yang disampaikan oleh salah seorang Doktor di ibu negara. Antara subtopik yang menariuk minat Ayu untuk berkongsi ialah mengenai 4 cabaran penyusuan susu ibu serta cara mengatasinya.

4 CABARAN PENYUSUAN SUSU IBU, PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

4 CABARAN PENYUSUAN SUSU IBU, PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

4 CABARAN PENYUSUAN SUSU IBU DAN CARA MENGATASINYA

  1. Bengkak susu
  2. Saluran susu tersumbat
  3. Puting payudara luka
  4. Bekalan susu berkurang

ini adalah 4 cabaran atau masalah utama dalam penyususan susu ibu yang mungkin salah satunya menjadi punca ibu-ibu tisdak meneruskan penyusuan. Jom tengok setiap satu cabaran dan cara mengatasinya.

1) BENGKAK SUSU

Biasanya, bengkak susu berlaku pada minggu-minggu awal kelahiran dimana payudara terus menghasilkan susu tanpa mengikut keperluan bayi yang sebenar.

punca bengkak susu:

Antara punca yang menyebabkan berlakunya bengkak susu ialah:

  • Bayi kurang menyusu ( mungkin kerana bayi tidur lama atau jaundis)
  • Kolostrum pekat tidak dikeluarkan sepenuhnya
  • Pelekapan sewaktu penyususan susu ibu tidak berlaku dengan betul

2) SALURAN SUSU TERSUMBAT

Saluran susu tersumbat, dikenali juga sebagai ‘plugged’ atau ‘blocked duct’ dimana, sebahagian ‘kilang susu’ membengkak kerana saluran susu tersumbat sehingga menghalang laluan ke puting.

pelekapan betul penyusuan ibu

pelekapan betul penyusuan ibu

Antara simptom saluran susu tersumbat ialah:

  • Terdapat ketulan di payudara
  • Rasa sakit, dan kulit kelihatan kemerahan
  • Terasa lebih sakit sewaktu penyusuan atau apabila di tekan

Antara punca yang menyebabkan berlakunya Saluran susu tersumbat ialah:

  • Bengkak susu yang tidak surut
  • Kolostrum yang tidak dikeluarkan sepenuhnya
  • Penyusuan susu ibu yang tidak berterusan
  • Ibu stress, letih dan sistem imun badan rendah

Antara kesan yang menyebabkan berlakunya Saluran susu tersumbat ialah:

  • Masalah bekalan susu yang akan berkurang
  • Susu menjadi ‘keju’, pekat dan menyumbat saluran

BAGAIMANA MENYELESAIKANCABARAN PENYUSUSAN SUSU IBU berkaitan bengkak susu dan masalah saluran susu tersumbat?

  1. Rutinkan 3 perkara ini
    • sebelum penyusuann: tuam-panas payudara dengan pad atau kain serta urut payudara
    • semasa penyusuan
      : Pastikan pelekapan bayi berlaku dengan betul dan kerapkanh tempoh penyusuan
    • selepas penyusuan: tuam-sejuk payudara dan rehat secukupnya.
  2. Belajar cara pelkapan bayi yang betul. Pastikan cara pegang bayi juga sesuai
  3. Kerapkan penyusuan ibu. ‘on-demand’
posisi penyusuan susu ibu

posisi penyusuan susu ibu

3) PUTING LUKA

Puting luka adalah masalah yang paling kerap berlaku di kalangan ibu yang menyusu. Puting luka juga boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Antara simptom Puting luka ialah:

  • Sakit dan pedih semasa menyusu
  • Puting berdarah
  • Susu berwarna pink apabila di pam.

Antara sebab Puting luka ialah:

  • salah pelekapan
  • Bayi suka gigit
  • Salah cara melepaskan puting dari mulut bayi
  • salah guna corong pam
  • bayi tongue-tie

Bagaimana menyelesaikan masalah Puting luka?

  • Pastikan pelekapan bayi berlaku dengan baik dan betul
  • Pilih corong pam susu yang sesuai
  • Jalani proses ‘freenotomy’ bagi bayi yang mempunyai masalah tongue-tie

4) BEKALAN SUSU KURANG

Antara sebab bekalan susu kurang ialah:

  • Kurang rangsangan ke atas payudara. Bayi diberi susu formula. Jadi,apabila kurang rangsangan, maka penghasilan akan menurun. (supply & demand)
  • Bengkak susu yang dibiarkan.
  • Bayi keliru puting. ini menyebabkan hisapan menjadi tidak efektif untuk merangsang payudara
  • Penggunaan ‘nipple shield’ yang terlalu lama
  • Menghentikan penyusuan sebelum bayi puas menuyusu\
  • Bayi tidur terlalu lama

Bagaimana menyelesaikan masalah bekalan susu kurang?

Perkara utama yang ibu menyusu perlu tahu ialah rules atau konsep supply & demand. Bayi yang menyusu dengan baik, mengikut keperluian dan dengan cara yang betul, akan merangsang pengeluaran susu yang berterusan dan cukup.

Selain itu, ibu menyusu juga perlu mengamalakan diet atau pemakanan yang seimbang supaya badan ibu kekal sihat dan sistem imun tinggi. boleh juga baca tentang 9 jenis makanan yang ibu menyusu perlu hindari di sini.

Penjagaan emosi juga, amat penting. Ibu perlu rehat yang cukup,serta tidak stress.  Jom tengok 5 tips jaga kesihatan emosi yang ayu kongsikan dalam video di bawah ni

Baiklah, setakat ini dulu perkongsian berkaitan cabaran dalam penyusuan susu ibu. InsyaAllah next entry akan diceritakan pula secara details untuk tips tingkatkan penghasilan susu ibu seperti yang di saran oleh doktor dalam bengkel tersebut.

Salam sayang,

Ayu adyani (rv)

ibu anak 3 yang masih menyusu

komited untuk membantu ibu-ibu menysu yang ingin meyusukan bayi dengan susu ibu seperti yang disarankan.

Pin It on Pinterest

Share This