Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Ianya sering dikaitkan dengan teknik pemberian susu yang salah dan tidak mengamalkan teknik sendawa. Ini kerana minuman / susu yang dimuntahkan oleh bayi akan di telan semula dan masuk ke salur pernafasan yang menyebabkan bayi tersedak.

5 TIPS CEGAH TERSEDAK SUSU DI KALANGAN BAYI

5 TIPS CEGAH TERSEDAK SUSU DI KALANGAN BAYI

Bayi yang tersedak susu dan tidak diberi bantuan segera boleh menyebabakan bayi lemas dan mengakibatkan kematian. Risiko tersedak susu akan bertambah apabila bayi menghalami kesukaran bernafas seperti di dalam keadaan selesema dan batuk.

5 TIPS CEGAH TERSEDAK SUSU

  • Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi berbaring terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak yang boleh menyebabkan susu masuk ke dalam salur pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan lemas.
  • Elakkan meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusus. Penjaga perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa menyusu
  • Penggunaan kain, bantal atau buaian untuk menyokong botol susu perlu di elakkan kerana ia boleh menyebabkan susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan telinga. Dalam keadaan teruk, boleh menyebabkan bayi lemas dan menyebabkan kematian.
  •  Elak bayi tertidur (terlena) semasa menyusu kerana susu yang terus mengalir akan menyebabkan bayi tersedak. Sekiranya bayi tertidur, keluarkan puting. Seeloknya gosok belakang bayi untuk membangunkannya. Penyusuan boleh di sambung apabila bayi terjaga.
  • Sentiasa sendawakan bayi selepas menyusu

KES TERSEDAK SUSU JARANG BERLAKU KEPADA BAYI YANG DIBERIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Namun, sekiranya terpaksa menggunakan botol susu kepada bayi atas sebab-sebab tertentu seperti ibu bekerja atau ibu mengalami beberapa cabaran dalam penyusuan susu ibu,  teknik yang betul perlu dipraktikkan untuk mengelakkan kes tersedak susu.

CARA YANG SELAMAT DALAM MEMBERI MINUMAN / SUSU KEPADA BAYI MENGGUNAKAN BOTOL SUSU:

  • Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badannya
  • Tinggikan posisi botol supaya bahgian hadapan botol sentiasa dipenuhi susu agar bayi tidak banyak menghisap udara
  • Biarkan bayi menyedut susu tanpa membiarkannya menyedut udara di dalam botol
  • Susu harus mengalir dengan mudah melalui lubang puting tetapi tidak keluar dengan berlebihan sehingga menyusahkan bayi untuk menelan
  • Semasa menyusu, keluarkan puting dari mulut bayi sekali-sekala untuk memberikannya peluang berehat terutama untuk bayi yang masih kecil.
5 TIPS CEGAH TERSEDAK SUSU DI KALANGAN BAYI - SUSU BOTOL

5 TIPS CEGAH TERSEDAK SUSU DI KALANGAN BAYI – SUSU BOTOL

Happy dan enjoy dalam menyusukan bayi.. hihi..Jika kita meninggalkan bayi di rumah pengasuh pun begitu juga, ingatkan pengasuh dengan cara berhemah, insyAllah, semuanya akan menjadi mudah.

NAK TAHU TENTANG SET KEHAMILAN SHAKLEE DAN SET BERSALIN BERPANTANG MENYUSU SHAKLEE? BOLEH HUBUNGI AYU YA..

Boleh juga hubungi Ayu terus jika mempunyai permasalah mahupun memerlukan konsultasi. InsyaAllah, Ayu cuba bantu sebaik mungkin.

JANGAN LUPA, ANDA BERHAK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI DAN RUNDINGAN PERCUMA DARI SAYA.

Perkhidmatan meliputi perkara-perkara berikut:

Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai

cadangan pemakanan dan pengambilan vitamin yang betul

Tunjukcara bagaimana mendapatkan vitamin dengan harga ahli dengan mendaftar keahlian

Berpeluang mendapatkan keahlian percuma berserta bonus walaupun hanya untuk makan sendiri

sekaligus berpeluang menjana pendapatan jika berminat.

Salam Sayang,

AyuAdyani,

tel/whatsapp/telegram: 0147375771

facebook: R.u Adyani Ab Rahman

page: ohmyvitamin.com

insatgram: ohmyvitamindotcom

COD: RAWANG,SELAYANG, GOMBAK & KAWASAN SEKITAR. POS SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPORE.

 

Pin It on Pinterest

Share This