Tak tahu nak masak apa dah? Tapi nak masak ayam. Nak resepi yang mudah lagi sedap. Meh tengok  Resipi Ayam Bakar Blackpepepper Ala Kenny Rodgers. Resipi paling simple, yang penting Sesuai untuk yang sedang berdiet juga

Resipi Ayam Bakar Blackpepepper Ala Kenny Rodgers

Bahan-bahan;
  • Ayam (bahagian dada) boleh potong 1/4 atau ikut saiz kesukaan
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk separa lumat
  • 1/2 inci halia-tumbuk separa lumat
  • 3 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • sos tiram 1 sudu besar
  • serbuk oregano – 1 sudu kecil
  • se sudu kecil serbuk parsley
  • 1 sudu besar madu
  • sedikit gula perang
  • secubit garam bukit
  • boleh tambah sedikit mixed herbs jika suka
Cara-cara masak:
  1. Basuh ayam dan toskan. RV suka basuh ayam dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir ayam. Ada juga yang suka basuh dengan perahan limau. cubalah.
  2. Campurkan semua bahan, dan lumurkan pada ayam sehingga sebati
  3. Perap selama 1 jam
  4. Bakar dalam over atau air fryer. RV bakar dalam air fryer selama 20 minit kemudian balikkan dan add lagi 5 minit untuk lebih sekata dan crunchy.
  5. boleh tuangkan lebihan sos perapan tu ke atas ayam selepas terbalikkan untuk dapatkan ayam yang lebih juicy.

tadaaaa ini lah hasilnya ayam bakar black pepper versi RV. Nampak sedap kan?

Resipi Ayam Bakar Blackpepepper Ala Keny Rodgers

Resipi Ayam Bakar Blackpepepper Ala Kenny Rodgers

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA!

Actually, resipi ini RV guna untuk sesi coaching kurus dalam group AKBAT. Ayam ni boleh guna untuk makan dengan nasi, mahupun racikkan untuk buat wrap. Resipi ini pula di olah oleh suami RV, iaitu coach kurus. hehehe

So, sesiapa yang nak kurus, boleh Join group akbat, LEBIH BANYAK RESIPI MENARIK YANG BAKAL DIKONGSI NANTI. Nak kurus, tak semestinya makan tak sedap kan?

Jempu baca tentang AKBAT di sini:

AKBAT PROGRAM KURUS DENGAN SIHAT DAN SELAMAT

Oh ya, siapa coach Azfar? Jemput baca:

Cikgu azfar kongsi tips turun berat badan 40KG dalam masa 4 bulan 

Anda yang nak kurus juga mungkin berminat untuk baca artikel-artikel ini:
  1. 10 MAKANAN PERLU DIELAKKAN KETIKA BERDIET UNTUK TURUNKAN BERAT
  2. 5 FAKTOR DAN CARA CEGAH OBESITI UNTUK KURANGKAN RISIKO SAKIT KRONIK
  3. 5 PERANAN PROTEIN UNTUK KURUS DENGAN CEPAT
  4. TESTIMONI TURUN BERAT BADAN 10 KG
  5. TESTIMONI BERAT BADAN TURUN 7KG DALAM MASA 2 BULAN

OK, Ini sahaja buat kali ini. sehingga jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,

Ratu Vivix (RV)

Pin It on Pinterest

Share This