HANYA SELEPAS BERSALIN ANAK KE TIGA, BARU KU TEMUI PENGALAMAN INDAH BERPANTANG. TIADA LAGI MIMPI NGERI DAN EPISOD DUKA.

Pengalaman indah ketika berpantang? Adakalanya, tempoh berpantang menjadi tempoh yang sangat digeruni oleh ibu bersalin. Pelbagai persediaan rapi perlu dilakukan sewaktu menyambut kehadiran orang baharu dalam hidup. Namun, jika segala persediaan untuk tempoh berpantang ini dilakukan dengan sebaiknya, InsyaAllah, tempoh berpantang menjadi suatu memori indah.

testimoni set berpantang shaklee. Pengalaman terindah berpantang

testimoni set berpantang shaklee. Pengalaman terindah berpantang

“Kini, ku kongsikan pengalaman indah berpantang”. -Puan Shahizan, jerantut, pahang. 

Salah seorang pelanggan set hamil dan set berpantang yang RV sendiri consult. Alhamdulillah, gembira dapat feedback begini. Jom baca..

PENGALAMAN INDAH BERPANTANG 
.

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik. Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.
.

KURANG KESEDARAN DAN TIDAK DISIPLIN, TABIAT YANG PERLU DISINGKIRKAN

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.
.

Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.
.

MENGENALI RAKAN YANG BERKONGSI KEBAIKAN SHAKLEE. MENGUBAH PERSEPSI SAYA TERHADAP KEPENTINGAN VITAMIN

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.
.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.
.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.
.

TIDAK LESU DAN LEMAH SEWAKTU BERPANTANG: SATU PENGALAMAN INDAH

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.
.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.
.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.
.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.
.

MENDAPAT PUJIAN DARI MAK BIDAN

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber’Shaklee’. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.
.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga)..

AMALAN BERTUNGKU KETIKA BERPANTANG

AMALAN BERTUNGKU KETIKA BERPANTANG

SUSU BADAN MERIAH.

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.
.

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.
.

Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

 

Alhamdulillah. Seronok kan? Syukur sangat-sangat.

Sebagai seorang pengedar yang juga rakan kepada puan Shahizan, RV sangat seronok dapat membantu beliau untuk dapatkan pengalaman indah berpantang seperti yang RV sendiri alami. satu kepuasan.

Set berpantang shaklee ni, sememangnya sangat-sangat disyorkan untuk ibu dalam pantang untuk mengamalkannya. Kuncinya ialah melengkapkan nutrisi ibu. Bila nutrisi lengkap, insyAllah suus meriah dan tiada msalah lain seperti meroyan dan sebagainya.

baca: Gangguan mental atau meroyan selepas bersalin Apa perlu buat untuk atasi dan rawat meroyan : 

Baiklah, jom tengok apa yang ada dalam  SET BERSALIN SHAKLEE, PILIHAN IBU YANG INGINKAN LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH di sini

Macam mana nak dapatkan set berpantang shaklee ni?

Jom hubungi RV terus jika mempunyai permasalah mahupun memerlukan konsultasi. InsyaAllah,RV cuba bantu sebaik mungkin. RV tunjukkan cara nak dapatkan set kesihatan ini dengan harga yang lebih bernilai untuk wang anda. tekan je link ni; www.wasap.my/601117547669/setberpantang

JANGAN LUPA, ANDA BERHAK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI DAN RUNDINGAN PERCUMA DARI SAYA.

Perkhidmatan meliputi perkara-perkara berikut:

  • Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  • cadangan pemakanan dan pengambilan vitamin yang betul
  • Tunjukcara bagaimana mendapatkan vitamin dengan harga ahli dengan mendaftar keahlian
  • Berpeluang mendapatkan keahlian percuma berserta bonus walaupun hanya untuk makan sendiri

sekaligus berpeluang menjana pendapatan jika berminat.

HUBUNGI SAYA SEKARANG,

RV AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram : www.wasap.my/01117547669/shaklee

FB: R.V ADYANI AB RAHMAN

FP: ohmyvitamin.com

INSTAGRAM: ohmyvitamindotcom

WEB: ohmyvitamin.com

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.. MODAL SERENDAH RM80. PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Pin It on Pinterest

Share This