IBRAH JADI KETUA PENGAWAS SPM 2022

KETUA PENGAWAS SPM 2022: IBRAH YANG TERSIRAT. Coretan panjang perjalanan seorang aku menggalas tugas terakhir sesi Akademik 2022/2023. IBRAH JADI KETUA PENGAWAS SPM 2022 tajuk diberi.

Satu amanah yang aku rasa berat sangat untuk aku galas sepanjang aku bergelar guru. Kenapa berat? Sebab tak pernah terlintas pun akan dapat tugas ni. Sepanjang 16 tahun berkhidmat, aku hanya ada 2 kali sahaja pengalaman sebagai pengawas SPM. Iaitu tahun 2015 & 2020. Selebihnya aku banyak bertugas di sekolah sendiri. Almaklumlah, guru disiplin kan????????.

Siapa sangka, SPM 2022 aku di panggil untuk tugas ini. Masa awal dapat surat, aku macam dah “menolak”. Atas pelbagai faktor yang aku rasa, aku risau tak dapat galas dengan baik. Siapa tak risau, kau pegang “masa depan” beratus calon… Namun, aku kena akur. & aku Kalah dengan ayat ” Ayu, Mudahkan urusan orang, nanti Allah mudahkan urusan kita”.. Aku angguk!

IBRAH JADI KETUA PENGAWAS SPM 2022

IBRAH JADI KETUA PENGAWAS SPM 2022

DUNIA BISNES MEMBANTU AKU BINA JATI DIRI

Rezeki juga aku dah biasa dengan dunia bisnes yang selalu menduga iman, jadi bila dapat benda2 gini aku jadi macam okeh, kita redah. Benarlah, dunia bisnes juga dunia tarbiah! jadikan aku kental! SIAPA AKU DALAM DUNIA BISNES?

Maka bermula lah episode aku tak lena tidur, dan seumur hidup ku, inilah kali pertama aku diserang panic attack????. Alhamdulillah semuanya okay.

Mula dengan episode kursus 3 hari penuh di Kuala Kubu Bharu di bulan Februari, aku ulang alik & dalam masa sama tugasan Pentadbiran di sekolah sendiri juga perlu di selesaikan. Fuh, rasa berasap jepala. SOP yang aku rasa nak pitam untuk aku hadam. Nak tak nak aku kena study betul2 weh. aku mula susun atur gerakkerja. nampak mudah, tapi benda “hidden” banyak nak kena consider. Tak boleh take for granted! Alhamdulillah semua smooth. Terima kasih bantuan & doa dari keluarga serta rakan.

IBRAH JADI KETUA PENGAWAS SPM 2022: Kenal bilik kebal

Setel satu bab, kemudian proses OBK ( OPERASI BUKA KOTAK). Kertas soalan di buka dari kotak dan di susun  mengikut sesi serta tarikh peperiksaan di bilik kebal. Juga smooth. Alhamdulillah. Makin seronok pula rasanya. Banyak benda aku belajar. Tak pernah tahu pun sebelum ini & inilah kali pertama aku ke bilik kebal. Sepanjang 2x sebelum ni jadi pengawas, aku tak pernah ditugaskan menjadi pengiring ????.
Rezeki aku, ditugaskan di sekolah yang aku biasa, sekolah lama aku. Kurang rasa berdebar sebab segenap inci kawasan aku familiar. Walaupun bilik kebal agak jauh, tapi aku hepi sebab Penyelia Kawasan adalah rakan2 yang aku kenal. Tak risau nak bertanya if tak tahu apa2.

Bab anak, alhamdulillah ada family support. Since tuan Azfar Ramathani juga bertugas, anak2 request nak balik kampung. Huhuhu. Berat hati nak lepaskan lama2. Tapi, begitulah takdirnya. cari tiket minta adik datang ambil, lepastu beli tiekt untuk adik bawak balik KB. credit to my sista, Bariyyah Ab Rahman yang banyak berkorban & of course my parents juga. Tak tahu nak balas budi n jasa macam mana. ni paling lama anak2 spent time dengan atok nik & atokwan mereka. Ngam sebulan! Syurga tertinggi tanpa hisab buat kalian???????? aamin

PANIC ATTACK MENYERANG!

Tiba masa ujian mendengar keesokan harinya, hari ni aku diserang panic attack! Sebab terlalu risau kot. 1st day kan. Tapi since ada incident yang aku rasa tak boleh control tu yang jadi gitu. Sebab aku dah rancang semua gerak kerja, bila tiba2 ada obstacle tu, aku macam ke not brain kejap Haha. Again, thank you my husband, sangat memahami & membantu saat ini. Alhamdulillah everything went well. Dan aku lebih yakin untuk ujian bertulis. Pengalaman 1 st day tu aku jadikan guidance
Terima kasih Allah. Day by day, aku improve & learnt new things. Aku cari apa yang beauty untuk aku jadikan kenangan manis instead of Mengeluh dengan apa jua cabaran yang hadir.

Memang 2 bulan ni tidur x lena. Sebab otak macam takleh rest. Fikir next.. Next.. Next.. Ya lah, kau pegang “nasib masa depan” 193 calon pusat kau. Takkan kau boleh tidur aman. Kau dah sign “borang pink”. Ibarat sebelah kaki dalam penjara. Gitu aku punya analogies.

LEWAT KE BILIK KEBAL?

Pernah tau, aku balik nak rest, then tertidur. Tiba2 terkejut org call nak beli shaklee. Aku tengok jam 8.30.. Aku melompat turun katil sambil mengucap, aku ingat aku dah lewat ke bilik kebal. Walhal jam 8.30 malam????. Punya otak tu kan duk fikir. Adeh.
Ya, antara perkara yang paling aku takut ialah takut lewat bangun & lewat ke bilik kebal. Selain takut tersilap time pack skrip????. Most of the time, aku kot KP yg plg awl sampai bilik kebal haha. kalau lambat, PK pun pelik????. Cuma dah last2 tu je aku lewatkan sebab calon dah tak ramai so x renyah urusan. rancang baik punya hehe.

Tapi nampak fb aku, status aku, rileks jek. Kan. Hepi je haha. Dating sana sini, ride sana sini????????.Sebab aku taknak fikir hard, nak enjoy2 Walau Hakikatnya otak berselirat. ????. Duk umah rasa kosong, anak takde, so solution kita keluar. sampai masa kita singgah la mejid ke ape kan. kembali kepada ya Rabb!

TERIMA KASIH SUAMI YANG MEMAHAMI

Alhamdulillah untuk kurniaan pasangan yang sangat supportive!
Nampak kami ride p ngopi tu bkn kosong. Tapi aku usung laptop sambung buat kerja Pentadbiran sekolah aku. Malam aku khas kan untuk urusan bisnes barang sejam dua. Tu cara aku healing. Dapat sales, coaching team aku hepi hihi.
Ada hari aku akan keluar dengan sahabat syurga aku untuk aku release. Sembang2 kejap. Sambung lah kerja. Begitulah aku. Terima kasih gangs!!

cuti sekolah? tak ada haha. ada hari gap takde paper, aku ke sekolah sendiri selesaikan urusan. Ada hari cuti 2 or 3 hari tukah yang kalian nampak aku ziarah adik2 aku yang kali ni tak sempat nak gather2 seperti sebelum ni. sambil2 bercuti lah tu. tapi tak berapa nam cuti sebab tak bawak anak????. kira honeymoon lah kan hikhik.

Dalam banyak hal untuk tugasan kali ini, aku syukur sangat diberikan team yang best. Bersatu padu, mudah bekerjasama, tak berkira & supportive. Kakak2 senior banyak bantu aku. Especially my TKP, kak Siti Norida & friends. Really appreciate it! We work as a team yang akhirnya berjaya sampai ke penamat dengan baik????????. Moga Allah kurniakan syurga buat kesemua 15 orang ahli dlm team aku. haza min fadli rabbi .

Terima kasih juga team bilik kebal. Penyelia kawasan & rakan2 KP lain. terima kasih!

LAST DAY SERAH SEGALANYA

LAST DAY SERAH SEGALANYA

Apa pengajaran or takeaway yang sangat terkesan dengan aku?

Satu je yang aku nak share dengan korang sebagaimana aku share dengan sahabat2 aku, iaitu:
Aku takut untuk tidak dapat Jalankan tugas dengan baik sebab aku dah sign surat akujanji. Itu baru urusan dunia. sedangkan aku juga sejak luth mahfuz buat perjanjian dengan Allah yang aku ni Hamba. Tapi asbab Allah bebaskan aku di dunia, ada ketika aku alpa. Ampuni aku ya Allah????????.

Dan benda yang aku syukuri juga ialah, dalam kesibukan aku bertugas, performanced bisnes aku untuk bulan februari meningkat dari bulan sebelumnya. which is aku sendiri pun macam, weh???? Terima kasih team downline & upline! tahniah team #rvlegacy ku.

YAKINLAH DENGAN RANCANGAN ALLAH!

Benarlah, janji Allah itu pasti. Kita buat kerja kita sehabis baik, selebihnya Allah jua yang akan menentukan segalanya❤️
Begitulah coretan aku. Ada tanya nak jadi KP lagi tak? I have no idea. Best & seronok & Berdebar silih berganti. tapi aku kena utamakan juga tugas pentadbiran aku di sekolah sendiri. Apapun, aku serah segalanya pada ketentuan Allah.
Ikhlas, amanah. Bersangka baik dengan Allah. Apa jua yang datang, sebenarnya kita boleh hadapi sebab tu Allah beri pada kita ❤️❤️. Bab ni saya pegang, asbab seorang rakan setugas merangkap abang ustaz Marzuki Mohd Noor El-Feringhati pernah beri ayat ni kpd saya : Ayu, kalau kita tak minta, Allah beri maksudnya kita layak.. ada sambungan tapi biarlah kita simpan hehe. Terima kasih!

Alhamdulillah ala kulli haal. penutup tirai tugasan 2022 yang penuh bererti. Bekal menghadapi cabaran baru di tahun 2023 yang menanti. Alhamdulillah!
terima kasih Allah!

p/s: uols baca sampai habis tak? ????????

AyuAdyani Rahman
hamba tapi bebas

Pin It on Pinterest

Share This