Gangguan mental selepas bersalin atau meroyan apa perlu buat?

Hamil dan bersalin merupakan salah satu fasa perubahan dalam kehidupan wanita yang boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri tetapi boleh mendatangkan masalah jika tidak ditangani atau di dengan baik. Jom tengok apa itu gangguan mental atau meroyan selepas bersalin. Apa perlu dibuat untuk mengatasi dan merawat.

Secara amnya gangguan mental yang biasanya orang-orang kita panggil meroyan selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan postpartum atau meroyan selepas bersalin
  • Psychosis postpartum
JENIS JENIS MEROYAN SELEPAS BERSALIN

JENIS JENIS MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Gangguan emosi postpartum

50 hingga 85% wanita yang baru bersalin boleh mengalami tanda-tanda gangguan emosi hanya Selepas beberapa hari bersalin dan ia meningkat pada hari kelima. Antara tanda-tanda gangguan emosi adalah seperti:

  • Emosi berubah-rubah
  • Mudah menangis
  • Cepat melenting
  • Gelisah
  • Hilang atau kurang tumpuan
  • Kurang selera makan
  • Gangguan tidur

Pada kebiasaannya gangguan emosi ini akan pulih dalam masa 2 minggu

Kemurungan postpartum/ meroyan selepas bersalin

Pada kebiasaannya gejala kemurungan timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Antara gejala ini termasuklah:

  • Perasaan sedih dan murung
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Hilang minat terhadap aktiviti seharian
  • Kurang daya ingatan
  • Perubahan selera makan dan gangguan tidur

Penyakit ini boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 3 hingga 6 bulan tetapi bagi kes berat ia boleh berterusan sehingga memakan masa dua tahun

Psychosis postpartum

Keadaan ini jarang dijumpai tapi boleh berlaku dalam setiap 500 hingga 1000 Jumlah kelahiran. Gejala ini boleh timbul beberapa hari sehingga 3 minggu selepas bersalin dan tanda-tandanya adalah:

  • Mudah resah
  • Gangguan tidur dan perubahan Selera makan
  • Berfikir untuk membunuh diri

Gejala saya kongsi seperti mendengar suara atau halusinasi serta kepercayaan tidak rasional (delusi).

Siapa yang berisiko mengalami gangguan mental atau meroyan selepas bersalin?

Wanita atau ibu yang berisiko tinggi mendapat gangguan mental postpartum termasuklah:

  • Mereka yang pernah mengalami episod kemurungan postpartum atau penyakit mental postpartum
  • Sejarah keluarga yang mendapat penyakit mental
  • Kehamilan yang tidak dirancang
  • Masalah rumah tangga
  • Kurang sokongan sosial

Pengesanan awal terhadap ibu yang berisi ku untuk mendapat gangguan mental postpartum sangat penting supaya rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin

Bagaimana mencegah gangguan mental atau meroyan selepas bersalin?

Sebenarnya sokongan emosi Rohani fizikal dan sosial amat penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental. Disamping itu pendidikan mengenai gangguan emosi dan sokongan dari ahli keluarga sangat diperlukan bagi mengurangkan punca tekanan psikologi.

Apa rawatan yang boleh diambil untuk membantu pesakit gangguan mental atau meroyan selepas bersalin?

Pendidikan dan sokongan emosi dari ahli keluarga boleh membantu proses pemulihan. Sekiranya tanda gangguan dikenal pasti ahli keluarga boleh membawa ibu tersebut berjumpa doktor.

Antara rawatan lain yang boleh diberikan adalah:

  • Psychotherapy sokongan
  • Terapi kognitif
  • Ubat-ubatan
  • Terapi elektrokonvulsif bagi kes-kes yang teruk

Terdapat juga sesetengah kes teruk pesakit perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

AWAS! Jangan bersendirian dapatkan bantuan sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gangguan mental selepas bersalin.

SUMBER ARTIKEL: RISALAH KKM

ini pula cerita pengalaman saya sendiri.. jemput baca:

APA YANG BUATKAN IBU MEROYAN SELEPAS BERSALIN/ BAGAIMANA CARA SAYA ATASINYA?

Selain penjagaan emosi dan pemakanan dalam tempoh berpantang, pengambilan suplemen juga sangat bagus untuk melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu.

Pengalaman sendiri, memang berbeza bila ambil suplemen dan tidak. Alhamdulillah, bersalin anak ke-3 ditemukan dengan set bersalin atau set berpantang shaklee yang sangat awesome.  jemput baca:

SET BERSALIN SHAKLEE, PILIHAN IBU YANG INGINKAN LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

Alhamdulillah, sekarang, saya juga komited untuk membantu ibu-ibu berpantang mahupun hamil untuk sama-sama menjaga kesihatan jasmani dan emosi untuk elak meroyan selepas bersalin.

Boleh kongsi pengalaman ibu-ibu di ruangan komen. Mana tahu, ada yang memerlukan panduan kan? sama-sama kita memberi manfaat antara satu sama lain.

Salam Sayang,

IBU ANAK 3,

Ratu Vivix (RV)

################################################################################

Boleh juga hubungi RV terus jika mempunyai permasalah mahupun memerlukan konsultasi. InsyaAllah,RV cuba bantu sebaik mungkin.

JANGAN LUPA, ANDA BERHAK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI DAN RUNDINGAN PERCUMA DARI SAYA.

Perkhidmatan meliputi perkara-perkara berikut:

  •  Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  •  cadangan pemakanan dan pengambilan vitamin yang betul
  •  Tunjukcara bagaimana mendapatkan vitamin dengan harga ahli dengan mendaftar keahlian
  •  Berpeluang mendapatkan keahlian percuma berserta bonus walaupun hanya untuk makan sendiri

sekaligus berpeluang menjana pendapatan jika berminat.

***************************************************************************************************

NAK CUBA RANGKAIAN PRODUK DARI SHAKLEE YANG DIJAMIN SENTIASA SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN?

HUBUNGI SAYA SEKARANG,

RV AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram : www.wasap.my/01117547669/shaklee

FB: R.V ADYANI AB RAHMAN

FP: ohmyvitamin.com

INSTAGRAM: ohmyvitamindotcom

WEB: ohmyvitamin.com

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.. MODAL SERENDAH RM80. PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

Pin It on Pinterest

Share This