REVIEW FILEM ANIMASI SMALLFOOT

Sabtu,6.10.2018.Plan asalnya, nak tengok cerita Pascal, tapi tak kesampaian bila tiketnya habis. Kami jenis yang suka beli on the spot, sebab nya sukar nak plan, bila dengan anak-anak kan. so, ikut mood mereka. Tapi sebab dah janji nak tengok wayang, nak tak nak memang kena beli jugak. Sekali encik suami kata, ada filem animasi SMALLFOOT je. Jom layan lah. 

Sedikit sinopsis filem animasi smallfoot:

Antara pelakon yang mengisi suara dalam filem ini ialah Channing Tatum sebagai Migo, James Corden sebagai Percy yang merupakan seorang pendaki gunung, Zendaya, Common sebagai Meeche, makhluk yeti itu sendiri, LeBron James, Gina Rodriguez, Danny DeVitu, Yara Shahidi, Ely Henry dan Jimmy Tatro.

Smallfoot ialah filem bergenre animasi  mengisahkan seekor yeti yang bernama Migo yang ingin membuktikan bahawa manusia iaitu makhluk yang berkaki kecil (smallfoot) wujud, sekaligus menafikan lagenda yang menyatakan bahawa smallfoot ialah makhluk yang tidak wujud.Smallfott diceritakan berkaki kecil, bergigi putih dan dengan mata yang menyeramkan.

Migo bersungguh-sungguh membuktikan kewujudan smallfoot kerana beliau sendiri secar tidak sengaja berjumpa apabila sebuah pesawat terhempas berhampirannya. Malangnya, tatkala Migo menceritakan kepada masyarakat, tiada siapa yang percaya kerana Migo tiada bukti. Lebih menyedihkan, Migo diusir dari perkampungan mereka.

Rupanya, Migo tidak keseorangan. Beberapa orang kawan Migo mempercayai cerita Migo. Diketuai oleh MeeChee, Migo memulakan pencarian smallfoot. Rupanya, banyak perkara yang mereka kurang bersetuju tentang undang-undang yang da dalam masyarakat mereka.

Dari situ bermula babak yang sarat memberi pengajaran. Dipendekkan cerita, Migo berjaya mendapatkan smallfot dan membawanya pulang ke perkampungan mereka. Namun, selepas didedahkan oleh stonekeeper mengapa smallfoot tidak boleh dijadikan “kawan”, Migo akhirnya akur. Akur demi menjaga kedaulatan dan kemakmuran bangsa yeti. Migo mula mengumumkan bahawa smallfoot tidak wujud.

Dalam masa sama Meechee sangat marah. Namun tatkala smallfoot memerlukan oksigen, Meechee menghantar smallfoot pulang ke tempat asal.  Di sini mula timbul pelbagai masalah. KIsah tragis berlaku apabila smallfoot sanggup menggadai maruah dan membuang segala populariti yang ada demi untuk memastikan keselamatan bangsa yeti.

Namun, di penghujungnya, Bangsa yeti juga faham, bangsa smallfoot tidaklah kejam. Hanya komunikasi tidak berkesan menjadikan mereka bermusuhan.

Sebuah filem animasi yang menyeronokkan, boleh hilangkan stres, tak heavy tapi best untuk ditonton seisi keluarga. Kanak-kanak memang akan gelak memanjang hehehe

Apa pengajaran yang RV boleh simpulkan dari cerita ini?

Antaranya..
❤️Jangan takut untuk berubah. Tapi jangan pula salah menilai
? Jangan terima bulat2 apa yg kita dapat
❤️ Tak kenal, maka tak cinta. Perlu kesefahaman utk dpt keharmonian. Komunikasi tu penting!
❤️Jangan langgar prinsip. Especially bila melibatkan nilai kemanusiaan
❤️Knowledge is power. But then, perlu juga menilai. Hormat orang tua dan jika berselisih pendapat, cari titik persamaan untuk mengurangkan jurang. Selesaikan masalah dengan cara berhemah
❤️Cakap benar walau pahit!

Lagi? Tengok lah sendiri kikiki

FAMILY POSE SEBELUM MOVIE BERMULA

FAMILY POSE SEBELUM MOVIE BERMULA

Kami ambil family theatre, so takdelah gelap kan. nama pun family kan hihihi

harga tiket filem animasi smallfoot

harga tiket filem animasi smallfoot

Murah je harganya, boleh la kan..

OK itu sahaja untuk kali ini, next movie nanti jumpa lagi. Kalu ikutkan banyak je movie yang dah di tonton, tapi nak dapat vitamin rajin menulis review tu yang susah sikit. INSYAALLAH, lepas ni, RV janji rajin buat review movie.

Anyway, terima kasih sudi berkunjung. Jumpa lagi. Bye..

CORETAN PERKONGSIAN,

RV,

MAK ANAK 3 YANG SUKA TONTON FILEM .

RV ADYANI

sms@whatsapp@telegram : www.wasap.my/01117547669/shaklee

FB: R.V ADYANI AB RAHMAN

FP: ohmyvitamin.com

INSTAGRAM: ohmyvitamindotcom

WEB: ohmyvitamin.com

Pin It on Pinterest

Share This