16 MEI.. Tarikh keramat buat insan bergelar guru. Hari dimana kita meraikan insan bergelar guru. Bukan kerana hanya setahun sekali, tetapi lebih kepada hari mengingati, menghargai dan menyantuni guru. Setiap hari adalah hari guru!

Bagi Ayu sendiri. istilah seorang guru bukan hanya untuk guru yang mendidik dan mengajar di sekolah, tapi mencakupi segenap aspek kehidupan. Siapa sahaja yang hadir dalam hidup kita adalah guru yang mengajar kita erti hidup dari pelbagai sudut.

selamat hari guru 2017. guru pembina negara bangsa

Mak ayah, guru yang mengajar kita menjadi seorang anak.

Anak, guru yang mengajar kita menjadi seorang ibu/ bapa

Adik beradik, guru yang mengajar kita erti pertalian darah

Rakan-rakan, guru yang mengajar kita erti persahabatan.

Mentor biz shaklee saya juga guru yang mengajar erti sebuah kepuasan.

Bahkan, musuh kita, mengajar kita erti waspada.

Apa sahaja yang ada di sekeliling kita adalah guru yang mentarbiah kita tentang hakikat sebenar sebuah kehidupan.

Hargai kehidupan dan orang sekeliling kita.

Belanja sikit..small token tanda ingatan buat guru anak-anak..

Small token tanda ingatan untuk guru abang Danih Darwisy 2017

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA!

Salam sayang;

Ayu Adyanis

saya juga seorang guru

Pin It on Pinterest

Share This