KENALI SULFALAZINE / SALAZOPYRIN: UBAT SAKIT SENDI

Menurut pembacaan, kebiasaanya doktor memberikan ubat sakit sendi sulfalazine ini untuk mengurangkan gejala dan melambatkan perkembangan penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis) serta keradanagn sendi yang berkaitan dengan penyakit kulit psoriasis (psoriatic arthropathy). Jom RV kongsikan KENALI SULFALAZINE / SALAZOPYRIN: UBAT SAKIT SENDI.

KENALI SALAZOPYRIN UBAT SAKIT SENDI

KENALI SALAZOPYRIN UBAT SAKIT SENDI

MENGAPAKAH DOKTOR MEMBERIKAN UBAT SALAZOPYRIN NI UNTUK SAKIT SENDI?

Selain untuk mengurangkan gejala dan melambatkan perkembangan penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis) serta keradanagn sendi yang berkaitan dengan penyakit kulit psoriasis (psoriatic arthropathy), Ia juga bertujuan untuk mengurangkan keradangan dalam sendi anda dan dengan itu mengurangkan rasa sakit, bengkak sendi dan kekadangan sendi.

BEBERAPA Q&A BERKAITAN SULFASALAZINE / SALAZOPYRIEN, UBAT SAKIT SENDI:

1) BILAKAH DAN BAGAIMANAKAH CARA  MENGAMBIL SALAZOPYRINE?

Slazopyrine dibekalkan dalam bentuk ubat biji dan dosnya adalah 500mg setiap biji. Harus dimakan semasa pengambilan makanan dan JANGAN sesekali menghancur atau mengunyah ubat ini

2) APAKAH DOS YANG SEPATUTNYA DIAMBIL?

Dos yang sesuai adalah seperti apa yang dinasihatkan ileh doktor. Biasanya doktor akan memberikan dos yang rendah terlebih dahulu dan doktor akan memberitahu cara untuk tingkatkan dos ubat secara beransur-ansur. Biasanya ia mengambil masa 4 minggu dan dos biasa ialah 1g (2biji( 2x sehari. INGAT: MESTI IKUT DOS YANG DITETAPKAN DOKTOR.

Perlu juga diketahui, Sulfalazine bukannya ubat tahan sakit!

3) BILAKAH KESAN UBAT SALAZOPYRINE INI DAPAT DIRASAI?

SALAZOPYRINE tidak memberi kesan dengan serta-merta. Ia mungkin mengambil masa selama 12 minggu sebelum merasa sebarang kesan!

4) APAKAH KESAN-KESAN SAMPINGAN SALAZOPYRINE?

Kesan sampingan yang paling kerap ialah rasa loya, cirit-birit, sakit perut, rasa pening, sakit kepala dan ruam. Kesan ini akan di alami pada 3 bulan pertama rawatan.

Ubat ini juga boleh merendahkan bilangan sel darah, tetapi kesan ini jarang berlaku. Sekiranya mengalami sakit tekak, pemyakit berjangkit, demam, lebam tanpa sebarang sebab yang tertentu, atau gejala lain, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Semasa rawatan juga, Salazopyrine boleh menukarkan warna air kencing ke warna jingga dan kanta lekap juga boleh bertukar ke warna kuning.

5) ADAKAH SAYA PERLU MENJALANI PEMERIKSAAN KHAS SEMASA RAWATAN SALAZOPYRINE SEBAGAI UBAT SAKIT SENDI?

Oleh kerana SALAZOPYRINE boleh merendahkan bilangan sel darah dan masalah pada fungsi hati, adalah digalakkan untuk jalani pemeriksaan darah dengan kerap. Doktor akan pastikan pemeriksaan darah yang perlu kita jalani.

Adalah sangat penting untuk menjalani pemeriksaan darah seperti yang ditetapkan semasa menerima rawatan SALAZOPYRINE ini

6) BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL UBAT-UBATAN LAIN BERSAMA SULFALAZINE / SALAZOPYRINE

Kebanyakan ubat adalah selamat di makan. Tteapi, sekiranya diberi sebarang ubatan lain, perlu maklumkan juga kepada doktor yang merawat agar doktor maklum anda sedang mengambil SALAZOPYRINE

7) ADAKAH SALAZOPYRINE MENGAKIBATKAN KEMANDULAN?

SALAZOPYRINE boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma. so, boleh menyebabkan pesakit lelaki yang menerima rawatan ubat sakit sendi SALAZOPYRINE mandul. Akan tetapi, kesan ini boleh reda apabila SALAZOPYRINE diberhentikan.

8) APAKAH KESAN SALAZOPYRINE TERHADAP WANITA HAMIL?

UBAT SAKIT SENSI SALAZOPYRINE ini tidak digalakkan untuk wanita hamil. Begitu juga untuk ibu menyusu. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor untuk sebarang keadaan, sebelum mengambil ubat sakit sendi ini.

Ini antara 8 perkara yang perlu diambil tahu oleh pesakit radang sendi yang mengambil ubat sakit sendi SALAZOPYRINE. Apa yang penting ialah dapatkan nasihat doktor yang lebih arif berkaitan ubat ini.

p/s: Entry ini adalah hasil pembacaan dari Risalah pengetahuan pesakit yang diterbitkkan oleh bahagian pendidikan kesihatan dengan kerjasama unit rheumatologi KKM. Boleh hubungi doktor anda untuk lebih details ya.

Sekian, hingga bertemu lagi.

[BACA: SAKIT SENDI: KENALI PUNCA DAN RAWATAN SAKIT SENDI TANPA SUNTIKAN STEROID ]

Salam sayang,

Ayu RV

Pin It on Pinterest

Share This