Salam 1 Ramadhan . Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih erti. Semoga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir. Semoag dapat menempuh Ramadhan dengan baik dan sempurna dan amalan-amalan diterima. Nak share resipi cekodok kurma harini.

RESIPI cekodok kurma- Gambar ihsan google sebab ummu 3D lupa snap gambar setiap kali buat hahaha

Ramadhan, sinonim dengan sahur. Sahur pertama kali ini mungkin agak mudah sebab musim cuti sekolah. Jadik, mak-mak macam Ayu ni, taklah susah nak kejutkan anak-anak kan? Biasanya, mak-mak akan ikut menu anak-anak kan?

Teringat zaman-zaman bermanja dengan mak(MA). Antara menu sahur yang MA akan buat bila kami adik-beradik ( 9 beradik) melangut depan pinggan nasi, maka ini lah antara juadah yang menjadi  pembuka selera. hihi..

Cekodok ni juga, menjadi kegemaran anak-anakku kini. Selalu di request untuk sarapan pagi dihari-hari biasa juga.

Meh tengok sat, apa resepinya. Simple tapi penuh makna. Ayu modified sikit resepi MA, sesuaikan dengan selera anak-anak disamping tambah nutrisi.

RESIPI CEKODOK KURMA VERSI UMMU 3D

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • kurma tanpa biji
  • secubit gula merah (pengganti gula putih)
  • secubit garam
  • air
  • 3 sudu mealshakes shaklee

Cara:

  • Kurma dibuang bijinya dan di buat bentuk bulat-bulat kecil
  • adun semua bahan kecuali kurma
  • selepas semua bahan sebati, baru masukkan kurma
  • sewaktu menggoreng,pastikan kurma yang dibentuk tadi ada dalam setiap sudu adunan yang kita nak goreng. maksudnya, kurma tadi dijadikan macam inti (MACAM DALAM GAMBAR)
  • goreng sehingga agak perang dan angkat
  • tada.. siap

Ada yang tanya, kenapa Ayu letak mealshakes shaklee. Jawapanya, selain menjadikan cekodok itu lembut, ia juga sedap dan berkrim. rasa lemak-lemak gitu. Plus, ia sangat berkhasiat Plus, ia juga kan untuk tambah selera makan anak-anak..hehehee. Cubalah!

Semoga bermanfaat.

ADIOS. JUMPA LAGI..

Ikhlas,

Mak anak 3

RV AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram : www.wasap.my/01117547669/shaklee

FB: R.V ADYANI AB RAHMAN

FP: ohmyvitamin.com

INSTAGRAM: ohmyvitamindotcom

WEB: ohmyvitamin.com

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

Pin It on Pinterest

Share This