RESEPI AYAM GORENG PANDAN BEREMPAH

Harini Ayu pos gambar ayam goreng  pandan berempah   ni kat facebook. Ramai pula kawan-kawan yang komen dan pm minta resepi,  so,  meh ayu share sedikit macam mana nak buat ayam goreng pandan berempah versi sendiri.. 

Resepi ayam goreng pandan berempah

Resepi ayam goreng pandan berempah

RESEPI AYAM GORENG PANDAN BEREMPAH 

bahan-bahan

  • Isi ayam. Ayu suka bahagian dada. Tiada lemak &  tiada tulang. Lagipun memang lembut. Boleh beli ayam yang dah siap-siap dibuang  tulang atau ambil bahagian dada dan tulangnya simpan, boleh buat sup. Hihi
  • Bawang putih- ditumbuk halus. Ayu suka letak banyak, sebab boleh makan hihi
  • Bawang merah. Dihiris nipis
  • Bawang holland  di potong – untuk rasa manis. Plus, best nanti boleh makan ratah-ratah
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Kunyit. Boleh guna serbuk juga
  • Gula merah atau gula perang. Ayu tak guna gula putih dalam masakan. Hehe
  • Garam bukit sikit.
  • Daun pandan
  • Daun kari
  • Boleh letak halia juga jika suka (resepi yang atas ni tiada halia, sebab habis  😂😂

Semua bahan-bahan ni,  Ayu letak sesuka hati, tiada sukatan khusus. Agak-agak jerk. Nanti sebelum perap tu cubalah rasa sikit cukup tak rasanya hihi.

Cara-cara:

1. Perapkan ayam bersama semua bahan, termasuk daun kari  dan daun pandan. Hanya bawang holland tak digaul bersama

2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi. Letak semua bahan sekali ya, termasuk daun kari n daun pandan. Tapi yang versi gambar atas ni, tiada daun kari, sebab poko kari dah mati.. Kikiki. .

3.Bila ayam dah kekuningan, boleh letakkan bawang holland.

P/s: boleh juga masukkan dalam air fryer untuk kurangkan pengambilan minyak.

Senang kan? Ni resepi  campak-campak  versi ayu jek. Main letak jek apa yang rasa nak letak. Memasak dari hati. Gituu.. Kiki

Okai, inilah resepi ayam goreng pandan berempah versi ayu sendiri.. Kalau ada pape nak tanya, boleh komen atau roger ayu  dengan tekan je no ni 01473757

Ok lah, dah cuba, jangan lupa share sini ya. Kalau ada penambah baikan pun, mehla kongsi sama-sama.

Adios,

Ayu,

Mak anak 3 Yang suka masak.suka cuba resepi dan suka alter resepi juga. Selain itu, suka bagi anak makan,  Sambil buat bisnes shaklee dari rumah.

Pin It on Pinterest

Share This