Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula dalam darah tinggi dari normal. Diabetes atau kencing manis berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. Makanan yang dimakan tidak dapat ditukarkan kepada gula untuk disalurkan ke sel dengan baik bagi membekalkan tenaga.

PERANAN INSULIN DALAM BADAN

APA ITU INSULIN?

INSULIN merupakan salah satu hormon di dalam tubuh badan kita yang dihasilkan oleh sel beta dalam kelenjar pankreas. Insulin ialah sejenis protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glukosa) dalam tubuh. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam darah akan meningkat. Boleh baca lanjut mengenai insulin di sini.

GEJALA DIABETES / KENCING MANIS:

  • Kerap dahaga
  • kerap lapar
  • kerap membuang air kecil
  • keletihan
  • pengurangan berat badan secara mendadak
  • penglihatan kabur
  • kebas pada tangan dan kaki

KESAN DIABETES / KENCING MANIS:

  • MATA: Katarak, pendarahan dalam mata dan penyebab buta (baca rahsia turunkan rabun mata)
  • SARAF: Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki, luka dan gangren
  • OTAK: Angin Ahmar (strok)
  • BUAH PINGGANG: Kegagalan buah pinggang
  • Jantung: Sakit jantung

PEMAKANAN PESAKIT DIABETES / KENCING  MANIS:

pesakit diabetes atau kencing manis perlu mengawal pemakanan untuk:

  • Mengawal paras glukosa yang sesuai dalam darah
  • Mencapai/mengekalkan berat badan unggul
  • Memperoleh semua zat yang diperlukan oleh badan
  • Mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Bagaimana untuk pastikan kita sentiasa kekal sihat dan ceria?

  • Kawal pemakanan
  • Berdisiplin dalam pengambilan ubat
  • Patuhi temujanji doktor
  • Urus hipoglisemia dan hiperglisenia dengan baik
  • Lakukan senaman secara berkala

PENCEGAHAN DIABETES / KENCING  MANIS:

  • Pantau berat badan ideal (BMI)

CARTA BMI

  • Makan banyak buah-buahan dan sayuran:
  • Bergerak aktif dan bersenam:
    • Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi
  • Hindari rokok dan alkohol:
    • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol sekiranya anda sedang merokok atau ketagih alkohol
  • Ketahui faktor risiko:
    • Berumur >30 tahun
    • BMI >kg/m2
    • Wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil
    • Wanita yang melahirkan bayi >4kg
    • Menghidap hipertensi
  • Jalani pemeriksaan saringan diabetes secara rutin:
    • Jika tergolong dalam orang yang berisiko, lakukan ujian saringan sekurang-kurangnya setahun sekali
  • Dapatkan pertolongan untuk mengubah gaya hidup anda:
    • Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan
    • Minta bantuan daria nggota kesihatan di klinik kesihatan terdekat.

Berapa bacaan normal dan tidak normal gula dalam darah?

BACAAN KENCING MANIS ( KADAR GULA DALAM DARAH)

Berapa bacaan gula dalam darah kita? Dah cek? Jangan bertangguh, buat pemeriksaan sekarang. Adakah sama orang yang mengetahui dantidak mengetahui?.Anda pilih untuk tahu atau tidak?.

Semoga bermanfaat!

Salam Sayang,

AyuAdyani,

tel/whatsapp/telegram: 0147375771

facebook: R.u Adyani Ab Rahman

page: ohmyvitamin.com

insatgram: ohmyvitamindotcom

COD: RAWANG,SELAYANG, GOMBAK & KAWASAN SEKITAR. POS SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPORE.

Pin It on Pinterest

Share This