COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA. BEST SANGAT KE?????

WAH..Wah..Wah.. sape penggemar coconut shake? Kita geng! hehehe.. Kalau jenjalan tu, pantang jumpa gerai coconut shake, mesti singgah. Kenal coconut shake ni sejak kecil kot.. hihi.. Tapi mr. husband cakap, die kenal coconut shake selepas 8 tahun kahwin dengan saya.. huwaaaa betapa saya lambat perkenalkan pada beliau hahaha.. Sekarang, semua gila coconut shake ni.

Alkisahnya, cuti sekolah Mac 2017 lalu, kami sekeluarga berkunjung ke Melaka. Saja, jenjalan bawak anak bercuti. Sebenarnya sebab ada 2 voucher tiket Gold Coast Melaka resort tu. So, alang-alang stay lah 3 hari 2 malam di sana. Reward anak-anak sambil cari ilham untuk bisnes. Serampang tiga empat lima mata sekali hihi. Memang dah rancang dari awal nak ke Melaka ni, tu yang beli voucher dan booked bilik sesiap, cuma tempat jenjalan tu je kami main terjah.

Dah sampai Melaka, baru search dan tanya group travel kami #ireachtravel, mana pot lepak yang best. Allah, bab review gold coast melaka ni pun belum sempat lagi buat entrynya. Review ikan bakar parameswara, rumah terbalik, zoo Melaka, beca kota Melaka pon belum lagi hikhik.. Tunggu naa

PENGUNJUNG GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

O.K, Coconut Shake batu berendam ni kami kunjungi last day, lepas dah check-out hotel. Singgahla kejap. Puncanya, waktu suami teman anak-anak berendam pada malam sebelum tu, beliau bersembang dengan seseorang yang syorkan kami ke sini. Senang je nak ke sana.. mr. Google Maps sedia membantu kan..hikhik. Lagipun, gerainya memang tepi jalan dan tak susah nak cari. Sentiasa ramai orang tau. Jom layan gambar skit..

INILAH COCONUT SHAKE NYA

Sedap tak? sedap tak?..air kelapa dan isi kelapa yang di blend dengan ais, ditambah susu, di meriahkan dengan aiskrim dan dihiasi taburan coklat rice merupakan satu gabungan mantap untuk coconut shake.. SO, SEDAP TAK?

hurm.. bagi kami yang hantu coconut shake ni.. KAMI BAGI 4 BINTANG.. Sebab, kami rasa nak lagi creamy, kisaran aisnya nak lagi ‘smooth’ gitew aummmmm. Mungkin pendapat orang lain, lain pula kan? cer chu olls gi rasa hehe

air kelapa

Yang ini antara pebret Ayu dan anak-anak juga. AIR KELAPA ORI, tanpa gula, tanpa ais. nak makan macam-macam kan, so, inilah salah satu agen detoks Ayu, selain suplemen by Shaklee

YONG TAU FU DI GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

Yong tau foo ni berada di bahagian dalam kedai, di belakang gerai tadi. Sama je kedainya, cuma terpisah dek jalan. tauke yang sama lah kiranya, sebab kedai ni tak muat lah kot dibuatnye gerai depan tu yang lebih besar. Mungkin juga kita lebih suka santai bawah khemah, berbanding masuk kedai kan?

YONG TAU FU WITH SOUP

Ini lah yong tau fu nya. Kami ni, selain gila coconut shake, ini pun antara pilihan jugak. Ayu suka je yong tau fu ni, sebab sup dia kira sedap lah jugak. Tapi mr. husband tak suka sangat. katanya, rasa sup menggangu rasa sebenar kuah/sos nya itew.. see.. pendapat masing-masing lahkan?

KERIA DURIAN DI GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

Huwa… yang ini Au tak leh moved on lagi! Sedap nak mati weiiiiiiiiiiii.. Beli ni sikit je, dalam 3 biji je tak silap. sebab Mr. Husband tak suka durian yang telah di proses, tapi Ayu is sooka try. Nak dijadikan cerita, Ayu makan keria ni masa dah dalam kereta. so nangis tak berlagu lah, bila tak dapat nak tambah.

Siap cakap dengan husband, nak repeat Melaka sebab keria durian ni hahaha.. Husband cakap, cukuplah tu 3 biji, Kolesterol tinggi. Hahaha, yang duk makan sebelum ni tak hengat dahhhhh

MI KARI DI GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

Yang ini wajib di cuba Mr. Husband. Mi Rebus. Sedap beliau cakap. Ayu tak favo sangat mi kari, makan lah juga sesuap dua bila di suakan. Not bad lah. Kuahnya sedap. Ngam-ngam je rasa bila masuk mulut tu. Tapi mr. husband cakap sedappppppppp…

NASI AYAM DI GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

Hidangan si sulung. Sebelum check out tadi die x makan. Breakfast pun tak, sebab nak terkam pool. So, lapar katanya. Nasi Ayam ni menu pilihan. O.K.. Sup, Sos ayam, ayam dan kicap tu sedap. Nasi pun ok. Cuma, kalau bagi lembut n creamy skit nasi tu mesti lagi superb

SI CILIK NI ANTARA PEMINAT SETIA COCONUT SHAKE

Si bongsu. Biasalah… Macam-macam nak. Cari gambar kakak tak jumpa pula. Biasa lawan makan dengan kakak si bingsu ni.

TAMBAH AIR LONGAN PERCUMA

Kalau tak kerana nak merasa coconut shake dan air kelapa, korang tak payah dah oder air, sebab air ni percuma. Satu jag setiap meja. Kami tak minum pun air ni, sebab dah oder air lain. Bila kita duduk, pekerja akan isi ais dalam jag ni. Minumlah sampai lebam heheeh

TIMBUNAN KELAPA DI GERAI COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA

Haa.. tooo diaaa aihh.. landmark coconut shake, ni timbunan kelapa..wawiii boleh menggelongsor dari atas sampai bawah. hihi..

Ok lah..

Kesimpulannya, nak rasa, boleh lah berkunjung. Pesan sifu, bila kita keluar dari rumah, BE A TRAVELLER NOT A TOURIST. Garab ilmu sebanyak mungkin okeh.

SEHINGGA JUMPA LAGI!Doakan Ayu cepat-cepat siapkan entry Melaka ni naaa..kehkeh

Salam Sayang,

AyuAdyani,

tel/whatsapp/telegram: 0147375771

facebook: R.u Adyani Ab Rahman

page: ohmyvitamin.com

insatgram: ohmyvitamindotcom

AyupengedarShakleePro

COD: RAWANG,SELAYANG, GOMBAK & KAWASAN SEKITAR. POS SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPORE.

Related posts

5 thoughts on “COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA. BEST SANGAT KE?????

  1. memang bestlah macam nih, kena datang melaka lepas nih, yehaa
    Ainul recently posted…Berjaya Hamil Dengan VIVIX Selepas 5 Tahun Mencuba !!!My Profile

  2. Wahhh… Lapar perut nengok makanan2 ni. Especially coconut shake tu ☺

    1. admin

      KIKIKI..AMPUNNN.. MASA MAKAN TU MEMANG TENGAH LAPAR EKEKE

  3. Shahida

    Sedapnya coconut shake 😍😍my favourite jgk ni..air kelapa pun, segar je bila minum yg ori..

Leave a Comment

CommentLuv badge